[LAPOR LANGSUNG] Peserta himpunan #TangkapAzamBaki bersurai

No Image Caption
A
A
A

PERHIMPUNAN #TangkapAzamBaki berlangsung di sekitar ibu negara hari ini.

Difahamkan perhimpunan tersebut bertujuan mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki meletak jawatan susulan pelbagai isu negatif yang dikaitkan terhadap beliau.

Polis menutup enam jalan utama dan memberhentikan operasi di beberapa buah stesen di transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT), monorel, dan KTM Komuter di sekitar ibu kota pada Sabtu.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Bertindak #TangkapAzamBaki, walaupun berlaku penutupan jalan, pihak akan tetap meneruskan perhimpunan tersebut dan menukar lokasi di bawah jambatan LRT Bangsar.


Ikuti laporan langsung Sinar Harian:


12.45pm - Peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki di Jalan Bangsar, mula bersurai pada jam 12.45 tengah hari, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, kumpulan peserta berbaju hitam itu berarak sejauh kira-kira 600 meter sebelum berpatah balik ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar.

Difahamkan, kumpulan daripada aktivis, parti politik dan sukarelawan itu akur dengan arahan pihak polis supaya tidak meneruskan perarakan ke Masjid Negara.

Kelihatan kumpulan peserta itu membawa plakad dengan cacian selain membuat gimik yang mengaitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

No Image Caption


12.20pm - Peserta himpunan yang berkumpul di sekitar Jalan Travers kemudiannya berpatah balik ke arah Jalan Bangsar kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Himpunan yang dianggarkan dihadiri lebih 200 peserta itu bergerak dengan diiringi laungan kami lawan serta undur Azam Baki.


12.10pm - Peserta himpunan yang dianggarkan kira-kira 200 peserta dilihat bergerak daripada Jalan Bangsar menuju Jalan Travers.

Beberapa anggota polis mula berkawal di sekitar Jalan Bangsar menuju ke Jalan Travers pada pagi ini.

Dianggarkan kira-kira 100 anggota polis terdiri daripada anggota berpakaian preman dan vest serta dari unit Light Strike Force(LSF) dilihat berkawal berhampiran persimpangan menuju Jalan Travers ini.

No Image Caption


11.30am - Laungan 'Hidup Hidup! Tangkap Tangkap Azam Baki!' mula dilaungkan oleh sekumpulan aktivis yang hadir dalam perhimpunan #TangkapAzamBaki di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, di sini pada Sabtu.

Kumpulan yang diketuai aktivis, Adam Adli Abdul Halim itu mula hadir kira-kira jam 10.50 pagi.

Kumpulan itu turut membawa plakad bertulis 'Lawan' selain gambar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Laungan 'Hidup Hidup! Tangkap Tangkap Azam Baki!' mula dilaungkan oleh sekumpulan aktivis yang hadir dalam perhimpunan #TangkapAzamBaki di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, di sini pada Sabtu.
Laungan 'Hidup Hidup! Tangkap Tangkap Azam Baki!' mula dilaungkan oleh sekumpulan aktivis yang hadir dalam perhimpunan #TangkapAzamBaki di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, di sini pada Sabtu.


11.24am - Jalan Bangsar menuju ke Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, di sini sesak ekoran lencongan yang dilakukan pihak polis susulan penganjuran perhimpunan #TangkapAzamBaki di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, jam 11 pagi ini.

Tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 10.30 pagi mendapati beberapa kenderaan terpaksa berhenti dalam tempoh agak lama berikutan lencongan laluan berkenaan.

Keadaan terkawal di sekitar LRT Bangsar dengan kehadiran anggota polis yang mengadakan kawalan berikutan tular maklumat akan berlakunya perhimpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada pagi Sabtu.
Keadaan terkawal di sekitar LRT Bangsar dengan kehadiran anggota polis yang mengadakan kawalan berikutan tular maklumat akan berlakunya perhimpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada pagi Sabtu.


10.55am - Polis mengenal pasti seramai 12 orang aktivis terlibat dalam perhimpunan Pentas Anak Muda #TangkapAzamBaki yang diadakan secara tidak sah di sebuah restoran di Jalan Pantai Baharu, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, perhimpunan itu dijalankan kira-kira jam 9 malam dengan kehadiran seramai 30 hingga 40 orang.


8.25am - Empat jalan utama menuju ke Bangsar akan dilencongkan susulan tular info berkaitan perhimpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap ditukar ke kawasan sekitar LRT Bangsar, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, lencongan ini akan bermula pada jam 7 pagi sehingga selesai.

Beberapa petugas media turut kelihatan membuat liputan di sekitar LRT Bangsar berikutan tular maklumat akan berlakunya perhimpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada pagi Sabtu.
Beberapa petugas media turut kelihatan membuat liputan di sekitar LRT Bangsar berikutan tular maklumat akan berlakunya perhimpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada pagi Sabtu.


7.55am - Beberapa individu yang ditahan malam tadi dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap dibenarkan pulang.

Menurut satu ciapan di Twitter milik @jayjaydenis berkata, individu terbabit telah dipulangkan semula kad pengenalan mereka selepas maklumat mereka diambil.